Followers

Saturday, April 30, 2011

KD TIDAK TAHU MALU





             RAUL BERSAMA KD KETIKA BERTEMU DENGAN WARTAWAN


NIKAH baru empat minggu, tetapi mengandung dah empat bulan! Memang Diva Pop Indonesia, Krisdayanti (KD) mengejutkan ramai peminat dan masyarakat apabila berani membuat pengakuan dia hamil sebelum nikah. Dia juga dianggap berani apabila memberitahu dunia bahawa dirinya sudah TERLANJUR. Sudahlah buat dosa dan kesalahan, tetapi dengan bermegah pula untuk MEMBERITAHU secara terbuka dengan senyuman bahawa dirinya HAMILsebelum nikah.

    MUKA JER CANTIK,tapi tidak reti jaga diri sendiri,belum digelar isteri tapi dah hamil. APA DAH JADI SEKARANG INI?  

Sudahlah kecoh perihal KD berselingkuh dan membawa jutawan Timor Leste yang kini bergelar suaminya itu masuk ke bilik ketika mereka bercuti di Bali. Sudah terang, lagi bersuluh KD bukanlah perempuan baik, malah tidak layak pun bergelar IBU. Dia contoh artis yang tidak baik dari segi moral dan akhlak. Tahukah dia, kenyataan sebegitu akan memberi kesan buruk kepada anak remaja dan gadis yang selepas ini tentu nak ikut jejaknya kerana berasakan perbuatan mengandung sebelum nikah adalah biasa dan tanda sudah dewasa. Apa ni KD?

Dalam Islam ada dua hukum. Pertama, jika hamil empat bulan sebelum bernikah, maka anaknya dipanggil anak zina dan ibu bapanya boleh direjam. Jika kehamilan itu sudah berusia lebih enam bulan, maka anak yang bakal lahir itu dikatakan anak haram,” kata Habib.

Raul sering menginap di rumah KD sebelum mereka bergelar suami isteri. Berita kehamilan KD nyata tidak mengejutkan jiran tetangga sekitar kediamannya di Radio Dalam. 
KD dalam kenyataannya menerusi Tabloid Nova bersyukur dengan rezeki yang Tuhan kurniakan padanya. KD kini sudah hamil 17 minggu

“Ertinya, sudah empat bulan. Ya, saya tahu, mungkin berita ini agak memeranjatkan. Tapi, kami berdua sama-sama dewasa. Kami sudah lama merancang mengadakan perkahwinan ini. Saya fikir lebih baik perkara itu diketahui ramai daripada kemudian hari. Benda dah terjadi. Kalau apa diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita tidak betul. Kononnya, saya melakukan pembuangan anak," katanya.

(Sementara itu, bekas isteri Raul Lemos, Atha ketawa mendengar berita itu. Katanya: “Saya bercerai dengan Raul pada Disember lalu. Ertinya masa belum bercerai lagi, KD sudah pun bunting. Saya tidak terkejut, sebelum bernikah lagi, mereka sudah duduk bersama. Kalau ke Timor Leste, tinggal bersama. Jadi, kalau KD bunting, memang logik.”)

mereka seolah-olah hidup tiada pegangan agama! Inilah artis tidak bermoral...

0 comments:

Post a Comment