Followers

Saturday, August 6, 2011

Kenapal Nurul Wahab Naik Bas Awam?




ni bukanlah gimik atau langkah promosi Nurul untuk melariskan album mahupun filem lakonannya, tapi khabarnya pelakon Tolong Awek Aku Pontianak itu tiada pilihan lain selain menaiki bas awam untuk ke Perak, baru-baru ini.


Perak? Apa yang Nurul buat di Perak? Di mana perginya kereta yang selalu dipandunya sebelum ini? Mengapa dia perlu menaiki bas dan terpaksa membeli sendiri tiket di kaunter bas ekspres di Pudu Raya?
Murai Batu difahamkan, Nurul bukanlah sengaja untuk menaiki bas ekspres. Malah khabarnya juga, dia langsung tidak kisah menaiki apa juga bentuk perkhidmatan awam, cuma tuntutan kerjayanya memerlukan dia memandu keretanya sendiri.

Oleh kerana dia tidak ada kereta pada ketika itu, maka dia memilih untuk menaiki bas ekspres untuk mengambil keretanya di Perak yang sudah siap dibaik pulih, baru-baru ini. Semuanya gara-gara keretanya yang tiba-tiba rosak di Cameron Highlands dan dia terpaksa menghantarnya ke bengkel berhampiran.

Kisya Marah, Pasha Ungu Mahu Kahwin Lagi







Di kalangan peminat kumpulan Ungu, mungkin dah ramai yang sedia maklum bahawa vokalisnya yang ganteng, Pasha bakal melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya, Adelia pada tanggal 27 Mac 2011 ini.

Murai Batu diberitahu bekas isteri Pasha iaitu Okie Agustina nampaknya cukup merestui pilihan hati Pasha tersebut. Malah, dia juga tenang bila dapat tahu bahawa Pasha ingin berkahwin semula buat kali yang kedua.

Malangnya, anak pertama mereka iaitu Kisya Alvaro Putra Sigit pulak yang tak suka. Malah, dia nampak cukup emosi sewaktu wartawan mewawancara mamanya tentang perihal papanya yang akan berkahwin lagi.




FAEZAH ELAI AKAN MEMBINA MAHLIGAI IMPIAN