Berlainan daripada minggu-minggu sebelumnya, program Maharaja Lawak minggu keenam yang berlangsung di studio Finas, Hulu Kelang kali ini berlangsung tanpa ada sebarang penyingkiran dipenghujungnya dan peserta pula dikejutkan dengan dua kejutan.
Biarpun diumumkan Kumpulan Balas, Man, dan Amir sebagai tiga peserta yang memiliki markah terendah untuk minggu ini, namun tiada penyingkiran diumumkan oleh juri.
Dua kejutan telah diumumkan untuk peserta iaitu mereka diarahkan untuk membuat pertunjukkan dalam bentuk silent comedy pada minggu hadapan berikutan kejayaan komedi yang dibawakan oleh kumpulan Jambu pada malam itu, selain satu format baru dalam proses penyingkiran akan dilakukan bermula minggu hadapan.
Jika sebelum ini, proses penyingkiran diukur dengan campuran markah yang diberikan oleh juri dan undian sms daripada peminat, kali ini bermula pada minggu hadapan, peserta Maharaja Lawak yang bertanding akan diberikan mandat untuk mengundi mana-mana peserta yang mereka mahukan untuk disingkirkan pada minggu itu.
Mengambil sedikit konsep daripada program realiti antarabangsa, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata setiap peserta Maharaja Lawak diberi peluang untuk mengundi mana-mana peserta untuk disingkirkan.
Ini bermakna, peserta Maharaja Lawak yang bertanding malam tadi diberi mandat untuk mengundi keluar mana-mana peserta yang tidak disukai untuk disingkirkan pada minggu hadapan.
Namun, sekiranya peserta yang diundi keluar itu mempunyai markah keseluruhan (markah juri dan SMS) tertinggi, mereka tidak akan disingkirkan, melainkan peserta tersebut mendapat kedudukan di tempat kedua dan ke bawah.
"Saya pasti dengan adanya konsep ini, Maharaja Lawak akan mewujudkan elemen-elemen drama dan perjalanan Maharaja Lawak tidak mendatar dan konsepnya berlainan dengan Raja Lawak sebelum ini.
"Maharaja Lawak tidak diambil daripada mana-mana program daripada luar negara jadi konsep program ini boleh diubah mengikut cara kami.
"Sebenarnya perancangan ini memang sudah pun di rancang sejak awal lagi, namun ia dirahsiakan daripada semua termasuk para peserta,"jelas Nizam yang mengakui program Maharaja Lawak ini sudah pun berjaya menarik orang ramai untuk melanggan saluran Mustika.

di petik dari sini :
http://www.manggaonline.com.my/component/content/article/3065/3065.html